PENGELUAR LULUR & BODYSCRUBS TRADISIONAL

Kami adalah Pengeluar Lulur Tradisional yang dihasilkan 100% di Malaysia, menggunakan bahan-bahan semulajadi yang bertindak lembut terhadap kulit. Kami membekal aneka jenis Lulur Tradisional untuk keperluan SPA, Resort, Hotel & Salon di Malaysia.
Lulur atau Bodyscrubs digunakan sejak turun-temurun sebagai terapi untuk menanggalkan sel kulit mati, memudarkan parut dan melancarkan perjalanan darah dengan urutan memusar perlahan-lahan ke seluruh tubuh.
Nutrisi yang terdapat dalam bahan lulur bertindak lembut dan berkesan meremajakan kulit secara semulajadi.

LULUR/BODYSCRUBS KACANG HIJAU @ GREENBEAN
Kacang hijau telah lama digunakan sejak turun temurun sebagai satu bahan rawatan kecantikkan kulit, Mengurangkan masalah jerawat, memudarkan parut serta mencerahkan kuit. Kulit lembut setelah melulur badan dengan ramuan tradisional ini. Ia baik menanggalkan sel kulit mati dan Flek hitam di celah pelipat badan.

LULUR/BODYSCRUBS KULIT MANGGIS
Kulit manggis mempunyai khasiat yang baik kerana kandungan anti-oksida dan melembutkan kulit. Kulit manggis turun-temurun digunakan sebagai scrubs yang digosok di badan agar kulit segar,anjal dan cerah. memberikan nutrisi yang sihat untuk kulit.




LULUR/BODYSCRUBS TEH HIJAU @ GREEN TEA
Green tea mengandungi tinggi Anti-Oksidan, Ia mencerahkan kulit dan menjadikan kulit kelihatan bercahaya dan bersih berseri. menegangkan tesktur kulit.




LULUR/BODYSCRUBS SUSU SOYA @ SOY MILK
Susu soya sangat baik melembabkan kulit, melembutkan kulit dan memudarkan parut di permukaan kulit. Disapu ke seluruh tubuh dan apabila separa kering sental sehingga keluar daki dan sel kulit mati di permukaan kulit.








LULUR/BODYSCRUBS KOKO @ COCOA MILK
Aroma koko sangat digemari ramai, kelembutan koko sangat digilai kerana mempunyai kandungan lembapan yang baik untuk kulit, menanggalkan sel kulit mati di permukaan kulit, mencerahkan tona kulit, digosok keseluruh tubuh dan disental apabila lulur separa kering, Bilas dengan air. anda akan merasai kulit terasa lembut dan cerah.

Coklat berfungsi untuk mengangkat kotoran, sel kulit mati dan juga debu yang menempel pada kulit. Selain itu, coklat juga berfungsi untuk mengharumkan badan, memperbaiki peredaran oksigen serta memberi nutrisi pada kulit. Lulur ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering karena kandungan antioksidan dalam coklat berfungsi untuk menjaga kelembaban kulit.


Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam lulur coklat berkhasiat melembutkan, menghaluskan kulit. Lulur coklat dapat memutihkan/mencerahkan kulit. Kandungan katekin (catechin) yang merupakan antioksidan yang kuat dalam coklat dapat mencegah penuaan, keriput, dan melindungi kulit menjadikan kulit berseri dan awet muda.


LULUR/BODYSCRUBS HALIA @ GINGER
Halia adalah herba yang boleh menghangatkan badan serta membuang angin dalam badan. Selepas proses melulur badan merasa segar, bertenaga, 'warm' dan menghaluskan kulit.

LULUR/BODYSCRUBS KOPI @ COFFEE
Kopi sangat baik menganjalkan kulit terutamanya masalah selulit di bahagian tubuh seperti di paha, lengan, paha, pinggul dan betis. Semasa terapi urutan lulur ini kopi dipercayai boleh memecahkan lemak yang terkumpul di bahagian badan tertentu. Mencantikkan tesktur kulit selain mencerah dan menanggalkan sel kulit mati.


LULUR/BODYSCRUBS VANILLA
Aroma vanilla sangat menenangkan, baik sebagai terapi minda yang memberikan ketenangan daripada stress, melancarkan perjalanan darah dan menanggalkan sel kulit mati serta mencerahkan kulit.


LULUR/BODYSCRUBS LIMAU NIPIS @ LIME
Aroma Limau Nipis memberikan ketenangan dan kesegaran kepada tubuh, mengandungi natural antiseptik dan nyah bau badan. Sangat lembut dan memberikan kesegaran yang berpanjangan selain mencerahkan kulit dan kulit kelihatan bercahaya dan bersih.


LULUR/BODYSCRUBS WHITENING MILK


Susu kaya akan zat asam beta hydroxy semulajadi, campuran susu dalam lulur ini tidak saja berguna sebagai peeling yang mengikis kotoran dan sel kulit mati tetapi juga dapat mencerahkan kulit dan menjadikan kulit lebih halus dan tidak bersisik. Selain itu, kandungan protein dalam susu juga berguna sebagai nutrisi yang berfungsi melembabkan sekaligus melapisi permukaan kulit agar lebih halus dan anjal. Kulit akan lebih cerah dan mulus dengan penggunaan yang konsisten.
                      

LULUR/BODYSCRUBS LAVENDER

Lavender berasal dari bahasa Romawi Lavare, yang berarti menenangkan. Lavender mengandung Linalool asetat yang mampu mengendorkan dan melemaskan sistem kerja urat-urat syaraf dan otot-otot yang tegang. Juga dapat menghaluskan kulit terbakar, bekas luka atau terkelupas.


LULUR/BODYSCRUBS CINNAMON

Cinnamon atau kayu manis, kandungan alami yang dimiliki kayu manis mampu memberi nutrisi pada kulit, menjadikan kulit lebih bersih, segar dan sihat. Aroma wangi semulajadi kayu manis memberi kesan  menenangkan. Manfaat penggunaan lulur ini menghilangkan masalah bau badan, membuang sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.


LULUR/BODYSCRUBS GARAM SPA AROMATERAPI
Resepi garam aromaterapi yang bukan sekadar garam, terapi haruman memberi kesan refleksi tubuh dan minda yang positif. Digunakan untuk melancarkan peredaran darah, mengurangkan keletihan, melegakan otot-otot yang kejang. Berfungsi sebagai antiseptik kerana kandungan mineralnya boleh menghilangkan bau badan dan gatal-gatal.



Pilihan Aroma :
  • Citronella : mengurangi ketegangan, meredakan hidung tersumbat, mengatasi insomnia, dengkur dan migrain.
  • Eucalyptus (kayu putih) : berguna melegakan pernafasan, meringankan masalah hidung sensitif, bronchitis, asma, batuk, pilek, demam dan flu.
  • Lavender : memudahkan tidur, meredakan kegelisahan, mengatasi depresi, mengurangi perasaan ketegangan.
  • Sandalwood (cendana) : bermanfaat untuk menghilangkan rasa cemas dan aromanya sangat bermanfaat untuk meditasi.
  • Ylang-ylang (bunga kenanga): berguna meringankan tekanan darah tinggi, mengeluarkan sebum pada kulit.
  • Peppermint : Aroma yang menyegarkan, membangkitkan suasana, mengurangi sakit perut, ketegangan, dan menyembuhkan sakit kepala.
  • Chammomile : untuk menenangkan dan mengakhiri stres serta menyenyakkan tidur.
  • Lemon : dapat mengurangi stress dan anti depresi, meningkatkan mood dan merelakskan fikiran serta memberi perasaan segar.
  • Jasmine (bunga melati) :  berfungsi sebagai aphrosidiac sensual untuk merangsang dan menciptakan suasana romantis.
Boleh juga dijadikan garam mandian (bath salt) atau rendaman kaki/tangan (menicure/pedicure) dengan mencampurkan ke dalam air suam. Boleh menghilangkan masalah bau kaki yang tidak menyenangkan.


LULUR/BODYSCRUBS COCONUT RICE
Ramuan Lulur Coconut Rice diolah tanpa bahan kimia ini terbukti bermanfaat membersihkan kulit sekaligus melancarkan peredaran darah, menganjal, menghaluskan kulit, dan memberi kelembapan.
Lulur ini berkesan mengurangkan masalah kulit kusam akibat terdedah kepada cahaya matahari.
Kandungan asid laurik di dalam bahan asas kelapa berkesan meransang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada kuman.
Kulit cerah yang terhasil bukanlah daripada proses pengelupasan produk kecantikan tetapi ia berlaku secara semulajadi dengan penyingkiran tisu mati dan kotoran yang terdapat pada kulit disamping nutrien yang baik untuk kulit.



Kelebihan Rawatan Coconut Rice
* Kulit halus, gebu dan cerah 
* Membuang sel-sel mati dan daki. 
* Memutihkan bahagian pelipat paha,lutut, siku dan celah ketiak. 
* Mengurangkan tekanan dan keletihan. 
* Mengurangkan bau badan dan mengawal masalah peluh berbau. 
* Membaiki tekstur kulit. 
* Mengurangkan dehidrasi.


LULUR/BODYSCRUBS KUNING JAWA (KUNYIT)
Penggunaan secara teratur 2-3 kali seminggu memberi kesan memutihkan dan kulit kelihatan kuning langsat, bersih, halus dan mulus. Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, gatal-gatal, kulit kering dan kusam. Sifat antibiotik semulajadi memberi perawatan yang baik pada kulit yang bermasalah. Ramuan anti penuaan ini memudarkan garisan kerutan pada kulit. Boleh digunakan untuk mengatasi masalah tumit pecah dan kering.





-------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGGUNAAN LULUR/BODYSCRUBS

Sapukan minyak carrier / minyak zaitun / minyak VCO pada tubuh terlebih dahulu bagi memudahkan proses melulur dan sel kulit mati senang untuk ditanggalkan.


Lulur dibancuh dan digunakan bersama air / air mawar / spa milk / madu / minyak carrier / minyak zaitun / minyak VCO .