PARAM , PILIS & TAPEL

Tempahan param, pilis dan tapel dibuka untuk pengedar. Bahan-bahan yang digunakan berkualiti dan terbaik untuk ibu dalam berpantang agar memberi kesegaran, kesihatan yang baik, meringankan tubuh badan dan bagi mengelakkan bentan serta angin meroyan.

PARAM
Ramuan yang disapu ke seluruh badan kecuali perut. Berfungsi mengecutkan kembali otot-otot dan urat-urat badan yang bengkak di samping membantu menghaluskan kulit. Menghindarkan masalah angin yang menjadi musuh utama ketika tempoh berpantang. Memberi kesan 'warming sensation' agar badan tidak sejuk dan kebas yang boleh menyebabkan bentan.

PILIS
Ramuan ini hanya disapu pada bahagian dahi sahaja. Membantu meringan dan menyejukkan kepala, Mengelakkan pening dan sakit kepala, menghindarkan pitam dan mengurangkan tekanan darah.

Kulit kayu manis dan jintan hitam adalah antara bahan yang digunakan dalam ramuan param dan pilis selain herba-herba terpilih yang mujarab ketika tempoh berpantang.

TAPEL
Ramuan ini disapu pada bahagian perut sebelum memakai bengkung atau barut. Berfungsi mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengecutkan peranakan dan mengempiskan perut.